Home Anda disini: Blog

Terlebih dahulu pihak sepakuhosting.net memohon kemaafan kepada semua pelanggan kerana kegagalan server kami beroperasi dengan sempurna dari akhir bulan disember 2009 sehingga 25 januari 2010.

Seperti yang kami maklumkan melalui email kepada semua pelanggan, kami telah menukar server lama kepada server baru yang lebih baik demi untuk semua pelanggan kami, tetapi kami akui kami tidak mahir dalam urusan management server termasuklah security sehingga menyebabkan banyak masalah yang timbul pada server. kami mengambil keputusan untuk mengupah company luar bagi management server kami. Walaupun begitu ternyata company tersebut gagal menguruskan dengan baik. Akhirnya kami telah menukar company lain untuk management server kami. Tentang company mana yang gagal dan company yang baru kami ambil biarlah kami rahsiakan untuk tidak memburukkan keadaan maklumlah mereka mengetahui tentang server kami takut pula kalau kami burukkan nama mereka dan mereka akan membuat yang tidak elok pula pada server kami.

Kami juga memohon maaf sekiranya tidak dapat menjawab sebarang email, SMS, panggilan telefon dan sebagainya semasa server mengalami masalah kerana kami dalam keadaan tertekan dan terlalu ramai yang memarahi dan memaki kami pada waktu itu.

Alhamdullilah kini server telah kembali pulih dan beroperasi seperti biasa.

Untuk makluman kami sebenarnya menjual hosting bukanlah untuk keuntungan tetapi demi membantu lebih ramai orang Melayu mampu memiliki laman web. Bukan semua orang mampu walaupun RM5 tidak bernilai bagi orang kaya tetapi bagi kebanyakkan orang termasuklah pelajar adalah besar nilai RM5 itu. Jika diikut logik adalah mustahil untuk menampung kos server jika semua pelanggan membeli dengan harga RM5 sedangkan kos untuk server termasuk lesen cpanel dan fantastico serta upah server management sudah melebihi RM800 sebulan. Server pula ada limit dan boleh letak dalam 500 akaun sahaja. Secara kiraan kasar 500 akaun x RM5 adalah RM2500 sedangkan kami bayar rm800 x 12 bulan sebanyak RM9600. Ramai yang menyatakan kami bodoh dengan menjual tanpa mendapatkan keuntungan tetapi dari awal-awal lagi sejak kami mula menjual hosting iaitu sekitar tahun 2005 kami telah memasang niat untuk membantu lebih ramai orang Melayu untuk memiliki laman web sendiri. Tetapi kami tidaklah mampu untuk beri secara percuma sahaja kerana server juga ada limitnya. Akhir kata berilah kami peluang sekali lagi untuk meneruskan perkhidmatan kami kerana sejak 2005 sehingga sekarang baru kali ini sahaja kami gagal memberi perkhidmatan yang baik.

 

Dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk pelanggan, selain telefon bimbit, support ticket, yahoo messenger dan Twitter, kini kami berusaha untuk mewujudkan blog sepakuhosting.net. Di dalam blog ini kami akan menyediakan panduan-panduan berkaitan hosting, promosi-promosi terkini dan juga menjelaskan sekiranya terdapat masalah pada server sepaku hosting.

Nantikan posting kami seterusnya dan semoga anda terus membantu kami meneruskan perjuangan dalam dunia hosting yang sangat mencabar ini.

LEAVE A COMMENTTRACKBACK

Hakmilik Terpelihara © sepakuhosting.net 2005-2009. Terma dan Syarat

Top