Terma dan Syarat
SepakuHosting.net menawarkan perkhidmatan penyewaan ruang web dan penjualan nama domain.SepakuHosting.net berhak untuk menggantung atau menamatkan capaian pelanggan ke komputer pelayan atau kepada semua perkhidmatan SepakuHosting.net jika akaun pelanggan tersebut telah didapati disalahgunakan untuk apa-apa tujuan mengikut pertimbangan SepakuHosting.net. PENGGUNAAN KOMPUTER PELAYAN Pakej yang ditawarkan oleh SepakuHosting.net adalah untuk kegunaan pemilik awal sahaja. Pelanggan tidak dibenarkan untuk menjual semula, menyimpan atau memberikan perkhidmatan penyewaan ruang web mereka kepada pihak lain, kecuali mereka telah mendapat kebenaran daripada pihak SepakuHosting.net. SepakuHosting.net berhak untuk menarik balik perkhidmatan dan/atau capaian ke komputer pelayan mereka kepada sesiapa yang dianggap tidak perlu. Semua perkhidmatan yang disediakan oleh SepakuHosting.net hanya boleh digunakan untuk tujuan yang tidak menyalahi undang-undang. Semua transmisi, penyimpanan atau persembahan sesuatu maklumat, data atau material yang menyalahi undang-undang tempatan adalah dilarang sama sekali. SepakuHosting.net juga melarang sesuatu website yang mempamerkan sebarang aktiviti haram atau bahan semasa yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan kepada komputer pelayan SepakuHosting.net. Pautan kepada bahan-bahan tersebut juga dilarang sama sekali. Sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang, bahan lucah, pautan kepada website yang mempunyai bahan lucah, spam, pencerobohan atau pengodaman akan menyebabkan website anda ditutup (suspend) dan semua bahan anda akan dibuang tanpa amaran. Bahan lucah tidak dibenarkan sama sekali. Bahan-bahan media dan perisian yang mempunyai hakcipta seperti MP3, klip video dan sebagainya juga turut dilarang di letakkan di komputer pelayan SepakuHosting.net. SepakuHosting.net TIDAK MEMBENARKAN sebarang IRC atau bot IRC beroperasi di komputer pelayan kami. SepakuHosting.net mempunyai kuasa mutlak untuk menamatkan perkhidmatan pihak-pihak yang melanggar peraturan ini. Sila pastikan anda tidak memasang (install) program-program berikut kedalam akaun anda : -IRC Egg Drops POLISI KEGUNAAN SUMBER YANG TINGGI Sumber adalah bermaksud penggunaan cpu dan/atau manipulasi sumber. Sepakuhosting.net mungkin menggunakan polisi yang berikut mengikut pertimbangan yang mutlak. Jika sesuatu website didapati memonopoli sesuatu sumber yang ada, Sepakuhosting.net berhak untuk mengantung atau menamatkan akaun tersebut tanpa sebarang notis/pemberitahuan. Polisi ini bagi mencegah penyalahgunaan komputer pelayan kami atau pada situasi yang melampau. Bagi Pelanggan shared hosting, boleh meningkat taraf pakej hosting mereka dengan menukar kepada VPS (Virtual Private Server) ataupun Dedicated Server. Semua akaun yang diwujudkan adalah berdasarkan prabayar. Sepakuhosting.net berhak mengubah harga bagi akaun atau perkhidmatannya pada bila-bila masa. Pembayaran pra akan tamat pada setiap tahun yang berikutnya dari tarikh akaun tersebut diwujudkan. Sepakuhosting.net berhak mengantung perkhidmatannya sehingga jumlah bayaran tertunggak dijelaskan oleh pelanggan. Semua invois akan dihantar terus kepada pelanggan menerusi email selepas pembelian diatas talian dilakukan. PEMBATALAN DAN PEMULANGAN WANG Sepakuhosting.net berhak untuk menamatkan akaun pelanggan pada bila-bila masa jika pelanggan didapati melanggar terma dan syarat perkhidmatan yang disediakan oleh Sepakuhosting.net. Akaun pelanggan akan ditamatkan dan wang tidak akan dikembalikan. Pelanggan boleh membatalkan akaun mereka pada bila-bila masa. Kami menyediakan jaminan wang dalam masa 30 hari bagi semua pakej hosting kami. Jika pelanggan membatalkan pembelian mereka dalam masa 30 hari yang pertama, pelanggan akan menerima semula wang mereka. Kami tidak akan mengembalikan wang pelanggan jika tempoh 30 hari yang pertama telah tamat, kami juga tidak menyediakan pengembalian wang secara purata. Jaminan pemulangan wang hanya terpakai pada perkhidmatan penyewaan ruang web (webhosting) sahaja, ini tidak termasuk perkhidmatan pembelian nama domain dan lain-lain perkhidmatan. Nama domain yang telah dibeli tidak boleh dibatalkan langganan sehingga tamat tempoh langganan. PERUBAHAN HARGA Jumlah yang anda bayar untuk penyewaaan ruang web tidak akan berubah dari tarikh pembelian. Kami berhak mengubah harga yang dinyatakan di Sepakuhosting.net, dan berhak mengubah jumlah sumber bagi setiap plan pada bila-bila masa. GANTIRUGI Pelanggan bersetuju untuk menanggung risiko mereka sendiri apabila menggunakan semua perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh Sepakuhosting.net. Pelanggan bersetuju untuk mempertahankan, menggantirugi, menyelamatkan serta mempertahankan Sepakuhosting.net daripada menerima akibat dari apa jua permintaan, liabiliti, kehilangan, tuntutan kos, termasuk yuran peguam yang mendakwa agen kami, pelanggan kami, pegawai serta kakitangan kami, yang disebabkan oleh sebarang perkhidmatan kami atau penyampaian atau perjanjian untuk menyampaikan atau sebarang produk/perkhidmatan yang dijual oleh pelanggan, ejen, kakitangan stau sesiapa yang dilantik. Pelanggan bersetuju untuk mempertahankan, menggantirugi dan menyelamatkan Sepakuhosting.net, daripada liabiliti yang wujud seperti: (1) sebarang kecederaan kepada seseorang atau hartabenda yang disebabkan oleh sebarang produk yang dijual atau diedarkan melalui komputer pelayan Sepakuhosting.net (2) sebarang pembekalan material yang melanggar hak cipta pihak ketiga dari pelanggan (3) perlanggaran hakcipta (4) sebarang produk/perkhidmatan cacat yang dijual oleh pelanggan melalui komputer pelayan Sepakuhosting.net PENGECUALIAN Sepakuhosting.net tidak akan menanggung ataupun membayar gantirugi ataupun membuat pemulangan wang sekiranya: (1) terdapat kejadian diluar kawalan seperti peperangan, pemberontakan, sabotaj, kebakaran, banjir, gempa bumi dan lain-lain. (2) kegagalan pihak telco/datacenter (Tmnet/Jaring. Selalunya kami akan membuat pengumuman terlebih dahulu) (3) kerosakkan pada hardware (seperti hardisk, ram dan lain-lain yang tidak dapat dijangka) (4) Software bug / kekurangan (Expolits dan bug yang menyebabkan masalah keselamatan atau downtime) (5) Masalah DNS yang diluar kawalan kami (6) Network floods, hacks, attacks (serangan dari pihak luar ataupun individu keatas server sepakuhosting.net) (7) Kehilangan sebarang files/data/posting yang disebabkan oleh server kami sekiranya terdapat dalam kes tertentu server gagal berfungsi dan kami memindahkan semua data ke server kami yang lain.(Kami sentiasa cuba sedaya upaya untuk mengelakkan masalah ini berlaku tetapi mungkin dalam kes tertentu masalah ini tidak dapat dielakkan) POLISI SPAM Sepakuhosting.net komited terhadap polisi anti-spam. Dibawah polisi ini, kami melarang spam, atau sebarang email komersial yang tidak diundang, dihantar melalui rangkaian Sepakuhosting.net oleh pelanggan atau sesiapa yang menjadi pengguna kepada Sepakuhosting.net termasuk pelanggan kepada pelanggan kami. Kami berhak menamatkan perkhidmatan pelanggan yang melanggar polisi ini tanpa sebarang notis pemberitahuan. Penghantaran email komersial yang tidak diundang, penghantaran mesej yang terlalu banyak dalam satu masa, mesej lucah, mesej mengugut yang dihantar melalui alamat email atau web Sepakuhosting.net adalah dilarang sama sekali. Jika anda mempunyai sebarang aduan atau komen mengenai spam melalui rangkaian kami, sila emailkan kepada admin@sepakuhosting.net . PENAFIAN Sepakuhosting.net tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang menyebabkan kehilangan perniagaan anda sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Terma dan Syarat Kami, sila hantarkan email kepada support@sepakuhosting.net . PERUBAHAN TERMA DAN SYARAT Sepakuhosting.net berhak mengubah polisi ini pada bila-bila masa yang dikehendaki tanpa sebarang notis. |




